baru beberapa hari menjejakkan kaki kembali ke sekolah,
pasukan hoki Sekolah Seri Puteri akan kembali beraksi di Stadium Hoki Pandamaran, Klang.
kali ini, kami mewakili daerah Sepang, akan kembali berentap bagi merebut gelaran juara pada peringkat negeri.
Sepang telah diletakkan dalam grouping bersama daerah Kuala Langat, Gombak dan Seksyen 11.
Alhamdulilah, perlawanan kami bersama daerah Gombak pada pagi hari telah memperoleh kejayaan apabila menang 1-0.
pada sebelah malamnya pula, kami telah bertembung dengan pasukan dari Kuala Langat. kami telah pulang ke sekolah dengan wajah yang cukup ceria apabila kami memperoleh kejayaan yang cukup besar iaitu dengan kemenangan 7-0.
keesokan harinya, kami akan menghadapi pasukan daripada Seksyen 11. perlawanan dijadualkan pada jam 6 petang. tetapi atas sebab-sebab tertentu, kami telah tiba di stadium seawal jam 9 pagi.
mungkin kerana kami keletihan dan berasa penat dengan suasana sekeliling, telah menyebabkan kami tewas dengan pasukan Seksyen 11 dengan jaringan gol sebanyak 3-0.
walaubagaimanapun, pasukan Sepang masih mampu meneruskan perjuangan di pusingan kedua.
kami telah diletakkan bersama pasukan daripada daerah Petaling Perdana dan Hulu Selangor.
pada hari ketiga, kami telah bertemu dengan pasukan Petaling Perdana terlebih dahulu.
Alhamdulilah, kami berjaya menumpaskan mereka dengan jumlah jaringan 1-0.
kami telah berusaha dengan sepenuh nyawa kami ketika perlawanan bersama Hulu Selangor sedang berlangsung.
jaringan pada minit-minit terakhir telah berjaya melayakkan kami ke perlawanan penentuan emas perak
Seksyen 11. ya, itu pasukan yang menjadi lawan kami, sekali lagi, pada perlawanan akhir.
masing masing dah menanam azam yang tinggi lagi jitu untuk tidak mahu kalah ibarat pepatah buatan sendiri, jatuh tak terbangun dah.
kedua dua pasukan mula merancang strategi untuk menjatuhkan pihak lawan masing-masing.
wisel dibunyikan, dan semua pemain bermain dengan mengikut irama tersendiri.
saling mengasak dan bertahan, mencuba sedaya upaya untuk tidak melanggar peraturan
tetapi, ternyata kehebatan Seksyen 11 melebihi kehebatan kami apabila mereka berjaya menjaringkan satu gol pada minit-minit terakhir perlawanan.
dengan satu gol itu lah, mereka berjaya memperoleh pingat emas dan kami hanya pulang dengan pingat perak di tangan.
walaubagaimanapun, kami tetap bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh.
ya, meskipun kami kalah, kami kalah yang bermaruah.
kekalahan dengan sekolah sukan bukan lah sesuatu yang luar biasa.
dan ia sepatutnya memberi semangat kepada kami untuk terus berusaha kerana kekalahan kami masih boleh dikatakan bermaruah kerana kami hanya tewas dengan satu gol sahaja :)








No comments:
Post a Comment