Wednesday, 23 November 2011

1st Puteri NS 7s International Hockey Tournament 2011

Sekolah Seri Puteri telah menghantar dua pasukan untuk menyertai kejohanan 1st Puteri NS 7s International Hockey Tournament 2011 yang telah berlangsung pada 22 Oktober 2011.



Pasukan SSP-A telah diwakili oleh Suhailah Sukri, Alia Madihah, Afiqah Ayub, Dania Haris, Amirah Ahmad, Noor Syuhada, Nur Adilah, Anis Suraya dan Farizatul Syazrin.



Pasukan SSP-B telah diwakili oleh Ili Raihana, Noor Shafiqah, Nazirah Ahamad, Akma Ana, Aida Asyiqin, Atifatul Ismah, Nazwin Ilmiah, Ilyana Izanuddin dan Farhah Nadhirah.

sebanyak 13 buah sekolah telah mengambil bahagian dan terdapat beberapa sekolah yang turut menghantar dua pasukan.
sekolah yang terlibat sama dalam menjayakan kejohanan ini ialah:

  • SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA
  • SEKOLAH TUN FATIMAH, JOHOR BAHRU.
  • SEKOLAH MENENGAH SAINS MACHANG, KELANTAN
  • SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU JAAFAR, MELAKA
  • KOLEJ TUNKU KURSHIAH, SEREMBAN
  • SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU, NEGERI SEMBILAN
  • SEKOLAH MENENGAH PUTERI, SEREMBAN
  • CONVENT BUKIT NENAS, KUALA LUMPUR
  • SMK PADANG MIDIN, TERENGGANU
  • RAJA PEREMPUAN HIGHSCHOOL, IPOH
  • SMK DATO' SHEIKH AHMAD
  • SEKOLAH MENENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH, PERAK
  • SARABURI, THAILAND

tampaknya, pasukan hoki SSP memerlukan latihan yang lebih intensif untuk kejohanan yang akan datang kerana kedua-dua pasukan tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua.
diharapkan peningkatan untuk kejohanan yang akan datang.


12 Mei - 15 Mei 2011

baru beberapa hari menjejakkan kaki kembali ke sekolah,
pasukan hoki Sekolah Seri Puteri akan kembali beraksi di Stadium Hoki Pandamaran, Klang.
kali ini, kami mewakili daerah Sepang, akan kembali berentap bagi merebut gelaran juara pada peringkat negeri.
Sepang telah diletakkan dalam grouping bersama daerah Kuala Langat, Gombak dan Seksyen 11.

Alhamdulilah, perlawanan kami bersama daerah Gombak pada pagi hari telah memperoleh kejayaan apabila menang 1-0.
pada sebelah malamnya pula, kami telah bertembung dengan pasukan dari Kuala Langat. kami telah pulang ke sekolah dengan wajah yang cukup ceria apabila kami memperoleh kejayaan yang cukup besar iaitu dengan kemenangan 7-0.
keesokan harinya, kami akan menghadapi pasukan daripada Seksyen 11. perlawanan dijadualkan pada jam 6 petang. tetapi atas sebab-sebab tertentu, kami telah tiba di stadium seawal jam 9 pagi.
mungkin kerana kami keletihan dan berasa penat dengan suasana sekeliling, telah menyebabkan kami tewas dengan pasukan Seksyen 11 dengan jaringan gol sebanyak 3-0.

walaubagaimanapun, pasukan Sepang masih mampu meneruskan perjuangan di pusingan kedua.
kami telah diletakkan bersama pasukan daripada daerah Petaling Perdana dan Hulu Selangor.
pada hari ketiga, kami telah bertemu dengan pasukan Petaling Perdana terlebih dahulu.
Alhamdulilah, kami berjaya menumpaskan mereka dengan jumlah jaringan 1-0.
kami telah berusaha dengan sepenuh nyawa kami ketika perlawanan bersama Hulu Selangor sedang berlangsung.
jaringan pada minit-minit terakhir telah berjaya melayakkan kami ke perlawanan penentuan emas perak

Seksyen 11. ya, itu pasukan yang menjadi lawan kami, sekali lagi, pada perlawanan akhir.
masing masing dah menanam azam yang tinggi lagi jitu untuk tidak mahu kalah ibarat pepatah buatan sendiri, jatuh tak terbangun dah.
kedua dua pasukan mula merancang strategi untuk menjatuhkan pihak lawan masing-masing.
wisel dibunyikan, dan semua pemain bermain dengan mengikut irama tersendiri.
saling mengasak dan bertahan, mencuba sedaya upaya untuk tidak melanggar peraturan
tetapi, ternyata kehebatan Seksyen 11 melebihi kehebatan kami apabila mereka berjaya menjaringkan satu gol pada minit-minit terakhir perlawanan.
dengan satu gol itu lah, mereka berjaya memperoleh pingat emas dan kami hanya pulang dengan pingat perak di tangan.

walaubagaimanapun, kami tetap bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh.
ya, meskipun kami kalah, kami kalah yang bermaruah.
kekalahan dengan sekolah sukan bukan lah sesuatu yang luar biasa.
dan ia sepatutnya memberi semangat kepada kami untuk terus berusaha kerana kekalahan kami masih boleh dikatakan bermaruah kerana kami hanya tewas dengan satu gol sahaja :)








Tuesday, 31 May 2011

050511 hingga 090511

setelah berhempas pulas menjalani latihan selama sebulah lebih,
akhirnya, tibalah jua saat untuk berangkat ke Terengganu.
banyak dugaan yg kami hadapi sepanjang latihan utk ke terengganu.
alhamdulilah, kami sepasukan dpt mnghadapinya dgn tabah.
sehari sebelum berangkat, kami bersemuka dgn Pengetua SSP
bagi mndapat kebenaran utk mnggunakan bas sekolah ke sana.
dan beliau brjaya mmbuat kami brjanji utk mndpat johan dlm kejohanan kali ini.
sebagai balasan utk prjanjian yg dibuat, kami akan ke Terengganu dgn mnaiki bas SSP
dan tk prlu brkongsi bas dgn Sains Selangor :)

HARI PERTAMA:
perjalanan memakan masa selama 7 jam. itu semua dh trmasuk brhenti utk solat dan makan.
smpai di SESMA jam 8 malam. dinner, unpack barang, settle down segala bagai,
kemudian tidur utk regenerate kmbali tenaga yg akan digunakan pada esok hari.
kami telah diletakkan di dalam group F dan lawan kami ialah Sek Men Sains Raja Tun Azlan Shah ( SERATAS),
Sek Men Sains Tengku Muhammad Faris Petra dan Kolej Tunku Kurshiah ( TKC ).

HARI KEDUA:
first game kami dgn SERATAS pada jam 9:30 pagi.
keputusannya, seri 1-1.
game kedua pula berlangsung pada jam 3 ptg.
kali ni lawan kami ialah Sek Men Sains Tengku Muhammad Faris Petra.
alhamdulilah, kali ini kami memenangi perlawanan dgn jumlah jaringan 2-0.

HARI KETIGA:
game kami pukul 9:30 pagi. kali ni, kami akan berentap bersama pasukan dr TKC.
game ni penting utk menentukan samada kami dpt proceed ke 2nd round ataupun tidak.
keputusannya, kami seri 1-1.
dgn keputusan ini, kami brjaya melayakkan diri ke pusingan kedua.
kali ni, kami ditempatkan bersama pasukan dari Sek Tun Fatimah ( STF )dan Sek Men Sains Selangor.
game seterusnya pada jam 3 ptg. kami bertemu dgn pasukan Sek Men Sains Selangor.
mereka merupakan pasukan yg kami kalahkan ketika Zon Tengah hari tu.
namun, nasib tidak menyebelahi kami kali ni dimana kami kalah 1-0.
game dgn STF pd jam 4:30 ptg merupakan game penentu samada kami dapat meneruskan prjuangan.
dan, ya. kami berjaya meneruskan perjuangan apabila kami menang dgn jumlah jaringan 3-0.

HARI KEEMPAT:
prlawanan kami pada hari ini akan menentukan samada kami akan masuk ke perlawanan akhir atau tidak.
kami akan berhadapan dgn pasukan dr Sek Men Sains Machang ( SMACH ).
nmpaknya kami tidak ada rezeki untuk melayakkan diri ke prlawanan akhir apabila kami kalah dgn jumlah jaringan 3-1.
prcaya atau tidak, kami sekali lagi bertemu dgn Sek Men Sains Selangor utk menentukan tempat ketiga atau keempat.
dan kali ini, kami berjaya menebus kmbali kekalahan semalam.
kami menewaskan pasukan Sains Selangor dgn jaringan 1-0.
ya, kami telah mndapat tempat ketiga :)

HARI KELIMA:
kami berangkat pulang ke sekolah.
masing-masing kecut perut apabila memikirkan yang pada esok hari
kami akan mnduduki peperiksaan pertengahan tahun.
walau apa pun, kenangan di Terengganu tkkan dapat dilupakan.

begitulah berakhirnya kisah kami di Terengganu.
disini, ada saya sertakan bersama gambar gambar sepanjang kami di sana.
disini juga kami ingin mengucapkan ribuan terimakasih kpd coach kami,
Kak Nur Aina Shahirah kerana sudi mengajar kami.
dan juga Cik Maizatul 'Akidah, Puan Siti Mariam dan Encik Ahmad Ridzuan
kerana mengiringi kami dan memberi kata kata semangat kepada kami.
sekian, terima kasih :)


























Monday, 14 March 2011

CUBAAN PERTAMA

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah.
cubaan satu, dua dan tiga.
adakah ia berjaya?
YA, ia BERJAYA!
ngeh, selamat datang ke BLOG SPEARHEAD :)