akhirnya, tibalah jua saat untuk berangkat ke Terengganu.
banyak dugaan yg kami hadapi sepanjang latihan utk ke terengganu.
alhamdulilah, kami sepasukan dpt mnghadapinya dgn tabah.
sehari sebelum berangkat, kami bersemuka dgn Pengetua SSP
bagi mndapat kebenaran utk mnggunakan bas sekolah ke sana.
dan beliau brjaya mmbuat kami brjanji utk mndpat johan dlm kejohanan kali ini.
sebagai balasan utk prjanjian yg dibuat, kami akan ke Terengganu dgn mnaiki bas SSP
dan tk prlu brkongsi bas dgn Sains Selangor :)
HARI PERTAMA:
perjalanan memakan masa selama 7 jam. itu semua dh trmasuk brhenti utk solat dan makan.
smpai di SESMA jam 8 malam. dinner, unpack barang, settle down segala bagai,
kemudian tidur utk regenerate kmbali tenaga yg akan digunakan pada esok hari.
kami telah diletakkan di dalam group F dan lawan kami ialah Sek Men Sains Raja Tun Azlan Shah ( SERATAS),
Sek Men Sains Tengku Muhammad Faris Petra dan Kolej Tunku Kurshiah ( TKC ).
HARI KEDUA:
first game kami dgn SERATAS pada jam 9:30 pagi.
keputusannya, seri 1-1.
game kedua pula berlangsung pada jam 3 ptg.
kali ni lawan kami ialah Sek Men Sains Tengku Muhammad Faris Petra.
alhamdulilah, kali ini kami memenangi perlawanan dgn jumlah jaringan 2-0.
HARI KETIGA:
game kami pukul 9:30 pagi. kali ni, kami akan berentap bersama pasukan dr TKC.
game ni penting utk menentukan samada kami dpt proceed ke 2nd round ataupun tidak.
keputusannya, kami seri 1-1.
dgn keputusan ini, kami brjaya melayakkan diri ke pusingan kedua.
kali ni, kami ditempatkan bersama pasukan dari Sek Tun Fatimah ( STF )dan Sek Men Sains Selangor.
game seterusnya pada jam 3 ptg. kami bertemu dgn pasukan Sek Men Sains Selangor.
mereka merupakan pasukan yg kami kalahkan ketika Zon Tengah hari tu.
namun, nasib tidak menyebelahi kami kali ni dimana kami kalah 1-0.
game dgn STF pd jam 4:30 ptg merupakan game penentu samada kami dapat meneruskan prjuangan.
dan, ya. kami berjaya meneruskan perjuangan apabila kami menang dgn jumlah jaringan 3-0.
HARI KEEMPAT:
prlawanan kami pada hari ini akan menentukan samada kami akan masuk ke perlawanan akhir atau tidak.
kami akan berhadapan dgn pasukan dr Sek Men Sains Machang ( SMACH ).
nmpaknya kami tidak ada rezeki untuk melayakkan diri ke prlawanan akhir apabila kami kalah dgn jumlah jaringan 3-1.
prcaya atau tidak, kami sekali lagi bertemu dgn Sek Men Sains Selangor utk menentukan tempat ketiga atau keempat.
dan kali ini, kami berjaya menebus kmbali kekalahan semalam.
kami menewaskan pasukan Sains Selangor dgn jaringan 1-0.
ya, kami telah mndapat tempat ketiga :)
HARI KELIMA:
kami berangkat pulang ke sekolah.
masing-masing kecut perut apabila memikirkan yang pada esok hari
kami akan mnduduki peperiksaan pertengahan tahun.
walau apa pun, kenangan di Terengganu tkkan dapat dilupakan.
begitulah berakhirnya kisah kami di Terengganu.
disini, ada saya sertakan bersama gambar gambar sepanjang kami di sana.
disini juga kami ingin mengucapkan ribuan terimakasih kpd coach kami,
Kak Nur Aina Shahirah kerana sudi mengajar kami.
dan juga Cik Maizatul 'Akidah, Puan Siti Mariam dan Encik Ahmad Ridzuan
kerana mengiringi kami dan memberi kata kata semangat kepada kami.
sekian, terima kasih :)
























No comments:
Post a Comment